Bokeh ialah satu nama yang sangat terkenal dalam kalangan FOTOGRAFER kerana semua ingin mencuba dapat bokeh yang terbaik.. bagi saya, bokeh sebenarnya ialah berpunca dari lubang-lubang cahaya pokok atau mana2 punca cahaya..ianya tidak boleh dilihat dengan mata kasar TETAPI akan menghasilkan lukisan yang menarik..kebiasaannya bokeh diambil semasa gambar POTRAIT untuk melihat kecantikan latar belakang dan meonjolkan subjek. Terdapat beberapa teknik yang saya ingin share bersama rakan-rakan untuk mendapat bokeh :



1) Untuk mendapat bokeh yang bulat, kita boleh setting aperture kepada F2.2, F2.8 or kadang2 F3,2..untuk mendapat bokeh hexagon, F3.5 dan ke atas..

2) Jarak : antara subjek dengan fotografer adalah tidak terlalu jauh atau tidak terlalu dekat..kalau terlalu jauh, bokeh akan kurang..kalau terlalu dekat, akan jadi blur..

3) Latar belakang : cari latar belakang yang ada pokok dan ada lubang cahaya..pasti lagi menarik bokehnya..

4) Masa : Masa bokeh yang paling cantik ialah pada Jam 8 pagi sehingga Jam 10 pagi dan Jam 5.30 petang sehingga Jam 7 petang. Dan waktu yang paling cantik ialah selepas hujan..ianya akan nampak natural :-)

contoh bokeh :




Jadi, ini adalah sekadar perkongsian tentang BOKEH kepada rakan2 sy di IPG lain dan saya harapa info ini amat berguna kepada anda semua.. :-)



SELAMAT MENCUBA!