Landscape ialah term yang selalu menjadi kegilaan FOTOGRAFER di luar sana.Tapi bukan mudah untuk mendapat gambar LANDSCAPE yang begitu HEBAT sedangkan saya sendiri tidak mendapat gambar yang begitu mengkagumkan. TETAPI saya akan berkongsi sedikit info tentang cara2 dan tips2 untuk menangkap gambar landscape. Banyak yang saya telah pelajari selama ini dari sifu2 LANDSCAPE dan bertanyakan banyak soalan dan saya akui, TEORI dan AMALI adalah sangat berbeza. Anda membaca TAPI anda tidak praktikkan, JADI anda hanya boleh bercerita tentang teori. Bila anda berada di situasi tersebut, anda akan tahu bahawa TEORI adalah tidak sama kerana cuaca, persekitaran dan juga faktor2 lain. Sebagai contoh, anda melihat gambar SUNSET, anda melihat settingnya, kemudian, keesokan paginya, anda menggunakan setting tersebut untuk menangkap gambar sunset. TAPI anda tidak berpuas hati dengan hasilnya. KENAPA? PERSEKITARAN yang anda lalui dengan PERSEKITARAN yang anda merujuk adalah berlainan. Jadi, saya ingin berkongsi sedikit TIPS untuk menangkap gambar LANDSCAPE : 


1) Point of Interest (POI) : Anda kena tahu apa subjek yang paling menarik di persekitaran anda sebelum anda meletakkan TRIPOD. Anda perlu meninjau persekitaran tersebut sebelum "set-up" kamera anda. Bukan semudah ABC, contoh : anda sampai di pantai dan terus shoot apa-apa sahaja yang ada di situ. Itu teknik membazirkan masa, sekurang-kurangnya anda meninjau 2 @ 3 kali.

2) Rule-of-Third (RO3) : Apabila anda sudah tahu POI, anda perlu merujuk RO3. Ini adalah sangat penting dalam LANDSCAPE. Di mana POI anda berada, di situ anda memerlukan 2/3 frame gambar. Sebagai contoh, anda melihat keunikan batu di pantai, JADI anda perlu menjadi batu itu sebagai subjek dan pembahagian frame : 2/3 adalah untuk darat dan 1/3 adalah untuk langit.

3) Format Gambar : Format gambar yang paling sesuai untuk LANDSCAPE adalah LARGE + RAW. Ini disebabkan adalah untuk mengekalkan kualiti yang sedia ada pada gambar. KALAU anda menggunakan format bukan RAW, bila anda hendak memperbetulkan gambar tersebut, KUALITI gambar adalah berbeza.

4) Aperture: Aperture yang paling sesuai untuk LANDSCAPE adalah F8-F16. Mengapa saya berkata sedemikian?? Ini adalah kerana jika anda "setting" F 8 ke bawah, gambar anda tidak betul-betul tajam (sharp). DAN JIKA anda "setting" F 16 ke atas, gambar anda akan menjadi lembut (soft). Jadi setting terbaik adalah F8 sehingga F16 bergantung kepada sesuaian.

5) ISO : ISO yang terbaik adalah paling ialah 100 or 50 (fullframe). Bila anda menangkap gambar LANDSCAPE SLOW SHUTTER, anda memerlukan sensitivity cahaya yang sangat kurang dan ISO paling rendah ialah sensitivity yang paling kurang. DAN ISO yang rendah juga akan mengurangkan noise @ grain semasa sensor kamera anda sedang merakam gambar.

6) Neutral Density : Anda pernah dengar ND?GND? Ini adalah salah satu alat bantuan untuk sesiapa yang ingin menangkap gambar SLOW SHUTTER. Fungsi ND ialah untuk mengurangkan cahaya masuk ke dalam sensor @ Exposure Stop. Ianya terdapat dalam pelbagai lapisan seperti ND2, ND4, ND8, ND16, ND400, ND1000. Makin tinggin nilainya, makin kurang cahaya masuk ke dalam sensor. Sebagai contoh, anda telah "setting" kamera anda dalam Exposure 0. Bila anda meletakkan ND8, anda akan dapat lihat "metering exposure" anda berkurang kepada -2, ini bermakna ND8 diketegorikan sebagai 2-stops. Ia telah mengurangkan sebanyak 2stops exposure untuk kamera anda.

Jadi, saya rasa setakat ini sahaja perkongsian saya bersama anda untuk LANDSCAPE. Saya harap input yang saya beri ini dapat membantu anda untuk masa akan datang dan saya juga dapat memperbaiki kelemahan saya.

Leave a Reply